Dalam dunia ni ade bermacam-macam orang. Ade orang utan, orang batu, orang-orang dan macam-macam lagi. Tapi bukan orang-orang seperti itu yang aku nak cite. Hampir 20++ tahun aku hidup, dah macam-macam orang aku kenal. Aku kenal Siti Nurhaliza, Shamsul Yusof, Barrack Obama, Pakcik Piee dan ramai lagi. hebat bukan?
Hidup sebagai seorang manusia sememangnya ada hala tujuan tak kisahlah bangsa apakah anda, agama apakah anda, berapa banyak friendkah dalam facebook anda, semua ada impian masing-masing. Sebesar hasrat untuk mengejar cita-cita menunjukkan kekuatan seseorang itu dalam dunia ini.
Tapi ade laaa pulak sorang ni cita-cita dia sangat besar. Lebih besar daripada hadiah Maharaja Lawak Musim 1 di Astro Warna tuh. Dah tau cita-cita dy tu besor doh bakpeeeeeeenye tak memperbesarkan lagi usaha dia tuh? Dah laa usaha ciput, mulut duk mengata ke orang, muka macam nak kena penyepak Jackie Chan. Ape punye orang macam nie?
Memang laa aku bukan bapak dia tapi kalau dah boleh buat satu masyarakat meluat tengok perangai dia? Nak tegur? Buang masa. Tanak layan? Makin menjadi-jadi meluatnya nanti.
Jadi, salah satu jalan untuk menyelesaikan masalah ini, janganlah jadi orang seperti ini.
Dan yang sebenarnya, bukan hal ini yang aku mahu timbulkan dalam post hari ini.
Hari ini, aku mahu memberitahu sesuatu kepada satu dunia yang mempunyai 6.92 billion manusia.
Ada seorang lagi yang bercita-cita tinggi, dan usahanya, dari dahulu sampai sekarang tak pernah putus.
Yang salah, dia yang betulkan. Yang kurang, dia yang lebihkan. Yang kosong, dia yang penuhkan. Yang buntu, dia yang selesaikan. Yang sakit, dia yang ubatkan. Yang diminta, dia yang berikan. Yang sedih, dia yang hilangkan. Yang jahat, dia yang baikkan.
Tak lain tak bukan, ibu kita. Tanpa beliau, takkan kita menjadi manusia yang sempurna seperti dia.
"Mak, Selamat Hari Ibu. Saya sayang mak sangat-sangat."
1 comment:
woo. entri hari ibu yang tak klise. nice
Post a Comment