Saturday, April 2

kotak elektrik.

YO MANOS? Post kali ini sedikit berbeza dengan yang sebelumnya sebab kali nie aku nak kasi tips untuk korang yang menggunakan PC atau laptop melakukan kerja harian seperti Facebook, Youtube dan You-yang-sudah-tak-boleh-masuk. Haha!

10 TIPS MENJAGA KOTAK ELEKTRIK ANDA.

1) Cuci kotak elektrik anda : Bukan guna mesin basuh ye tetapi gunelah software yang boleh mencuci system files kotak elektrik. Aku sarankan CCleaner sbb user-friendly. Dilarang sama sekali hantar kotak elektrik anda ke car wash mahupun snow wash.

2) Tetapkan application yang terpaku di hati : Sekarang dah banyak sangat internet browser, music player, video player dan lain-lain player. Gune satu application je untuk satu function. Bukan dapat hadiah pun kalau gune banyak2, ye dok? Aku sarankan Mozilla Firefox sebab musang itu cute.

3) Susun personal files : Kadang-kadang orang yang liat nak kemas baju kat bilik memang boleh dibawak-bawak dalam penggunaan kotak elektrik nie. Penyudahnya, dalam folder games tiba-tiba ade video kahwin kakak jiran. Try kategorikan for example Date untuk folder gambar, Genre untuk folder music, dan Color untuk folder video.

4) Disable application yang tak perlu dalam startup : Hah ini macam mane pulak? Korang gune laa CCleaner jugak. Ade settings untuk startup dalam application nie. Tapi jangan disable application yang penting pulak.

5) Selalu-selalu kunjung folder yang selalu dibuka : Kadang-kadang orang amik langkah hindari virus daripada pendrive member. Padahal virus dah beranak-pinak dalam folder music dia. Jadi kunjung-kunjunglah selalu personal folders anda. Siapalah kita tanpa jiran tetangga.

6) Uninstall application yang jarang diguna : Korang tgk dalam programs, ada tak application yang korang rase kurang digunakan berbanding applications yang lain? Kalau ade, check dulu maybe application tu compulsory untuk device kotak elektrik anda. Kalau tak, dengan segala hormatnya dipersilakan uninstall.

7) Gunakan Windows XP or Windows 7 only : For personal/home usage, elok gune antara dua Operating System ini sahaja. Sesiapa yang ada guna Windows Vista, silalah tukar ke Windows 7. Kalau kotak elektrik anda kelihatan usang, guna Windows XP pun tidak mengapa. Ini sebab Vista adalah OS yang paling lembab yang pernah aku gune. Ini pengalaman aku je. Kalau korang nak gune Vista-yang-lembab tu jugak tadek masalah.

8) Kenali kotak elektrik anda : Kalau kotak elektrik korang model lama, gunalah application yang mampu sahaja. Betul, buat sakit hati je install games yang latest masuk model-model lama. Aku pun main game Nintendo je dalam laptop aku nie. Sumpah tak tipu.

9) Shut down and plugged off when not in use : Kalau korang tutup lampu sempena Earth Hour dalam sejam tapi kotak elektrik terbukak 24 jam, takde guna jugak. Certain orang tak boleh hidup kalau tak tengok News Feed kat Facebook or Timeline kat Twitter dalam kadar 24 jam. At least sebelum nak tido shut down and tutup suis kotak elektrik. Dah bangun hah bukak laa balik. Aku nak tolong korang save bil elektrik nie. Boleh korang belanje member minum petang kat gerai goreng pisang.

10) Advanced cuci kotak elektrik anda : Hah ini kena bekerja keras sikit. Kalau system cantik tapi kotak elektrik sendiri berhabuk pun tak kelakar jugak. Amik laa duster or apa-apa method yang boleh menghilangkan habuk dari kotak elektrik anda. Gune vacuum pun okay. For PC user, jangan laa segan-segan nak bukak casing CPU and bersihkan habuk2 kat dalam tue. Ladies yang jarang pegang screwdriver, mintak laa tolong boifren or abang-abang yang boleh dipercayai.


Aku rasa cukup syarat 10 tips aku bagi nie, InsyaAllah kotak elektrik anda berumur panjang. Kalau feedback tips and advice nie memberangsangkan, maybe aku bukak segment tips bersama encik payet lain kali haha!

AHAA EVEN STONE-AGED PEOPLE USED MY TIPS~