Tapi takpe. Lama mana sekalipun, aku tetap akan menulis. HAHA!
Dalam hidup mesti ada yang pernah silap. Tadek yang semuanya betul. Siapa yang betul je sume dy takkan lepak dengan korang dah, dy da jadi Search Engine seperti Google atau Bing.
Salah satu kesilapan manusia yang aku yakin semua orang pernah alami, TERSILAP ORANG. Kes ini selalu berlaku bila korang kat tempat yang dipenuhi dengan orang awam dan menyedari salah seorang daripada mereka adalah orang yang anda kenal. Anda kemudiannya menyedari bahawa anda tidak kenal orang itu sebaik sahaja anda bersemuka/memanggil/melambai tangan kepada beliau. Namun, semuanya dah terlambat.
Tetapi hal ini selalu berakhir dengan sifat negatif sebagai contoh anda akan membuat muka monyet kentut dan berlalu tanpa kata. Ini boleh memberi kesan yang mendalam kepada orang yang ditegur, sebagai contoh beliau akan balik ke rumah dan berfikir bahawa, "Teruk sangat ke muka aku ni sampai orang jadi monyet.".
Ini yang kita tidak mahu ye kawan2. Oleh itu, Encik Payet akan memberi tips supaya hal ini akan berakhir dalam keadaan yang positif, harmoni, dan bestari.
10 cara untuk berhadapan dengan situasi TERSILAP ORANG.
1) Setelah anda berada di depan mangsa, ambil sebatang pen dan minta autograf.
2) Tanyakan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu pendidikan jasmani minggu lepas. Untuk mahasiswa, tanya report praktikal.
3) Untuk yang melambai2, perlu cekap menggunakan tangan yang lagi sebelah untuk menggaru ketiak yang dilambai. Ini boleh membuat si mangsa berfikir anda sedang gatal ketiak.
4) Untuk yang memanggil2, gunakan nama yang anda panggil itu menjadi sebuah lagu sebagai contoh Joe, anda nyanyilah lagu Halimah Jongang sambil beralih pandangan.
5) Jikalau mangsa adalah perempuan, katakan sahaja bahawa dia sudah kurus dan beredar dengan alasan banyak kerja.
6) Beritahu mangsa anda berjaya masuk Akademi Fantasia atau Raja Lawak.
7) Pegang perut dan buat muka meneran dan katakan anda perlu ke tandas dengan segera.
8) Tanya tentang ibubapa mereka. Ini boleh membuat mangsa berfikir anda adalah saudara jauh.
9) Keluarkan kesemua kad yang ada pada anda tidak kiralah IC ke lesen ke Giant Membership ke, buat magic show.
10) Tunjukkan si mangsa pelbagai sudut dan suruh beliau lambai dan katakan anda dari rancangan 'Wakenabeb'.
Simple kan? Jadi jangan lupa buat salah satu perkara di atas ini jika anda berada di dalam situasi TERSILAP ORANG. Renung-renungkan, selamaaat beramal. Haha!
terlajak pahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa, TERSILAP ORANG HAH PADAN MUKA! BAAAHAHA!
3 comments:
haha. malu je lau salah org. :P
bang, kalau tersilap lembu camne?
cik azeya : nasib baik salah orang. kalau salah lembu macam sedare kat atas nie?
smowkin : haaa itu awak kena tanya dengan pakar pertanian sbb mereka lebih tahu tentang baja oleh seekor lembu.
Post a Comment