Sunday, May 8

satu dalam 6.92 billion.

Dalam dunia ni ade bermacam-macam orang. Ade orang utan, orang batu, orang-orang dan macam-macam lagi. Tapi bukan orang-orang seperti itu yang aku nak cite. Hampir 20++ tahun aku hidup, dah macam-macam orang aku kenal. Aku kenal Siti Nurhaliza, Shamsul Yusof, Barrack Obama, Pakcik Piee dan ramai lagi. hebat bukan?

Hidup sebagai seorang manusia sememangnya ada hala tujuan tak kisahlah bangsa apakah anda, agama apakah anda, berapa banyak friendkah dalam facebook anda, semua ada impian masing-masing. Sebesar hasrat untuk mengejar cita-cita menunjukkan kekuatan seseorang itu dalam dunia ini.

Tapi ade laaa pulak sorang ni cita-cita dia sangat besar. Lebih besar daripada hadiah Maharaja Lawak Musim 1 di Astro Warna tuh. Dah tau cita-cita dy tu besor doh bakpeeeeeeenye tak memperbesarkan lagi usaha dia tuh? Dah laa usaha ciput, mulut duk mengata ke orang, muka macam nak kena penyepak Jackie Chan. Ape punye orang macam nie?
Memang laa aku bukan bapak dia tapi kalau dah boleh buat satu masyarakat meluat tengok perangai dia? Nak tegur? Buang masa. Tanak layan? Makin menjadi-jadi meluatnya nanti.

Jadi, salah satu jalan untuk menyelesaikan masalah ini, janganlah jadi orang seperti ini.

Dan yang sebenarnya, bukan hal ini yang aku mahu timbulkan dalam post hari ini.

Hari ini, aku mahu memberitahu sesuatu kepada satu dunia yang mempunyai 6.92 billion manusia.

Ada seorang lagi yang bercita-cita tinggi, dan usahanya, dari dahulu sampai sekarang tak pernah putus.
Yang salah, dia yang betulkan. Yang kurang, dia yang lebihkan. Yang kosong, dia yang penuhkan. Yang buntu, dia yang selesaikan. Yang sakit, dia yang ubatkan. Yang diminta, dia yang berikan. Yang sedih, dia yang hilangkan. Yang jahat, dia yang baikkan.



Tak lain tak bukan, ibu kita. Tanpa beliau, takkan kita menjadi manusia yang sempurna seperti dia.

"Mak, Selamat Hari Ibu. Saya sayang mak sangat-sangat."

Monday, May 2

merah menyala.

Haha! Sudah sebulan baru nak update blog ye? PANDAI!
Tapi takpe. Lama mana sekalipun, aku tetap akan menulis. HAHA!

Dalam hidup mesti ada yang pernah silap. Tadek yang semuanya betul. Siapa yang betul je sume dy takkan lepak dengan korang dah, dy da jadi Search Engine seperti Google atau Bing.

Salah satu kesilapan manusia yang aku yakin semua orang pernah alami, TERSILAP ORANG. Kes ini selalu berlaku bila korang kat tempat yang dipenuhi dengan orang awam dan menyedari salah seorang daripada mereka adalah orang yang anda kenal. Anda kemudiannya menyedari bahawa anda tidak kenal orang itu sebaik sahaja anda bersemuka/memanggil/melambai tangan kepada beliau. Namun, semuanya dah terlambat.

Tetapi hal ini selalu berakhir dengan sifat negatif sebagai contoh anda akan membuat muka monyet kentut dan berlalu tanpa kata. Ini boleh memberi kesan yang mendalam kepada orang yang ditegur, sebagai contoh beliau akan balik ke rumah dan berfikir bahawa, "Teruk sangat ke muka aku ni sampai orang jadi monyet.".

Ini yang kita tidak mahu ye kawan2. Oleh itu, Encik Payet akan memberi tips supaya hal ini akan berakhir dalam keadaan yang positif, harmoni, dan bestari.

10 cara untuk berhadapan dengan situasi TERSILAP ORANG.


1) Setelah anda berada di depan mangsa, ambil sebatang pen dan minta autograf.

2) Tanyakan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu pendidikan jasmani minggu lepas. Untuk mahasiswa, tanya report praktikal.

3) Untuk yang melambai2, perlu cekap menggunakan tangan yang lagi sebelah untuk menggaru ketiak yang dilambai. Ini boleh membuat si mangsa berfikir anda sedang gatal ketiak.

4) Untuk yang memanggil2, gunakan nama yang anda panggil itu menjadi sebuah lagu sebagai contoh Joe, anda nyanyilah lagu Halimah Jongang sambil beralih pandangan.

5) Jikalau mangsa adalah perempuan, katakan sahaja bahawa dia sudah kurus dan beredar dengan alasan banyak kerja.

6) Beritahu mangsa anda berjaya masuk Akademi Fantasia atau Raja Lawak.

7) Pegang perut dan buat muka meneran dan katakan anda perlu ke tandas dengan segera.

8) Tanya tentang ibubapa mereka. Ini boleh membuat mangsa berfikir anda adalah saudara jauh.

9) Keluarkan kesemua kad yang ada pada anda tidak kiralah IC ke lesen ke Giant Membership ke, buat magic show.

10) Tunjukkan si mangsa pelbagai sudut dan suruh beliau lambai dan katakan anda dari rancangan 'Wakenabeb'.


Simple kan? Jadi jangan lupa buat salah satu perkara di atas ini jika anda berada di dalam situasi TERSILAP ORANG. Renung-renungkan, selamaaat beramal. Haha!


terlajak pahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa, TERSILAP ORANG HAH PADAN MUKA! BAAAHAHA!