Saturday, November 19

pembalas-pembalas dendam

YAAAAA BETULLLL! SUDAH LIMA BULAN SAYA TIDAK UPDATE INI BLOG!

Jadi dengan segala hormatnya, saya akan menceritakan apa yang telah berlaku pada bulan Julai sehingga bulan Oktober. November punye cerita bulan depan laa pulak.


Semua orang tahu apa itu superhero atau dalam Bahasa Melayunya, adiwira. Ini membuktikan bahawa Sang Wira, sebuah kartun pada zaman dahulu juga seorang adiwira. Mungkinkah ini bermakna kereta iswara adalah seorang adiwira? Ini persoalannya sekarang ini. Tetapi malang sekali, post kali ini tidak sama sekali membincangkan persoalan tersebut.

Di sini, saya ingin berkongsi, pengalaman saya menjadi superhero di Malaysia. Dan sebab itulah juga, saya tidak mempunyai masa untuk update blog saya yang tidak seberapa hebat seperti blog-blog perempuan cantik dan juga blog download movie.

Baiklah kita mulakan!

JULAI 2011

Pada 21 Julai 2011, peminat-peminat Chelsea FC telah bergaduh dengan peminat-peminat Team Malaysia, yang tidak sependapat bahawa striker utama CFC, Didier Drogba, jauh lebih handsome dari Faizal Tahir. Pasukan penyelamat dengan segera meminta bantuan saya untuk meredakan keadaan di situ, dan dengan bangga saya kata, saya telah menghuru-harakan lagi keadaan kerana....




... saya tersilap menjadi The Incredible Hulk.

gambar terakhir sebelum semua orang cabut kasut dan cabut lari


OGOS 2011

Pada bulan ini, ramai yang menjadi zombie pada waktu pagi dan pada malam harinya, menjadi zombie yang buncit. Ini adalah kerana, bulan Ramadhan datang menjelang. Penduduk-penduduk Kampung Gotham mempunyai masalah untuk bangun sahur, dan menggunakan alasan tidak bangun sahur untuk berbuka puasa ketika azan Zohor berkumandang. Ketua Kampung Gotham meminta bantuan untuk mengejut seluruh penduduk kampungnya supaya bersahur dan berpuasa pada keesokan harinya, untuk menstabilkan keseimbangan makanan di kampung tersebut.
Setiap pagi-pagi buta saya akan datang dari rumah ke rumah untuk mengejut mereka, tetapi malang sekali, ramai makcik-makcik yang insurans mulutnya telah lama expired, menggelarkan saya orang minyak.
Lantas saya menjawab, "Makcik, saya bukan orang minyak makcik. Saya adalah...

...Batman. Makcik tak nampak lambang kelawar ni makcik?"
 Malang tidak berbau, aku terpaksa memakai kostum aku pada Hari Raya Aidil Fitri kerana terlupa shopping raya.


SEPTEMBER 2011

Pada bulan September, aktiviti bergembira beraya di rumah terbuka, merupakan rutin harian penduduk Malaysia, sehingga menjadi trending di Twitter. Aku juga yang turut bergembira, turut serta beraya di sini sana. Tapi apakan daya, malang tidak berbau, aku terjerat dengan sumpahan berpuaka. Aku sangkakan air sirap, lalu diteguk sehingga hilang rasa dahaga. Rupa-rupanya air jampi, menukar orang menjadi serigala.

bulan petang process 20%. bulan malam tambah la lagi 80%.
Nasib baik aku minum segelas. Kalau minum sebalang setahun laa aku jadi werewolf.


OKTOBER 2011
Kali ni aku dah decide, aku nak jadi superhero yang boleh dapat income. Sebelum ni tak dapat duit sebab dapat  makan free kat surau je. Kalau dapat income, bole laa aku upah orang lain jadi superhero lak. Asyik-asyik aku je. Nak update blog pun tak sempat. Dan pada bulan ini, aku mengembara ke Kg Losong, dan berkhidmat sebagai...

KEROPOKMAN!

Namun aku telah diberhentikan kerja kerana disyaki mencuri makan keropok di belakang kedai. Padahal aku makan kopok kedai sebelah. Nak buat macam mana. Semua keropok sama je bentuk warna.



Maka sebab itulah saya sudah lama tidak update blog.

Masa bergerak sangat pantas. Kadang-kadang sampai tak sempat nak plan hari keesokannya.
Tetapi dalam masa yang pantas ni  pun, jangan sesekali lepaskan tanggungjawab kita di dunia ini.

Akhir kata dari saya, Jadilah seorang adiwira yang berjaya. 

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.