Monday, June 27

curi cuti.

Yes sekali lagi aku telah membuat rekod sebulan satu post. Lepas ni aku nak "zine"-kan blog aku bertajuk "1bulan, 1entry". Baru laa 1malaysia, ye dok?

Disebabkan ramai yang rindukan aku dan tak tahu cerita terbaru, jadi post kali ini aku cerita laa apa yang telah, sedang, dan akan berlaku.

APA CERITA MAHARAJA PAYET?

Sejurus sehari selepas selipar sepatu hah jap2 aku nervous lame tak update ehem2....boleh saya start? okay.

Sejurus sehari selepas aku last update blog, aku telah kembali ke Muadzam untuk memulakan semester baru. Tapi semester kali ini ada sedikit kelainan iaitu aku menyewa rumah luar. Jodoh telah ketemukan aku kembali bersama roomate aku sewaktu di kolej dahulu iaitu En. Bidin, bukan nama sebenar, merangkap roomate aku di Muadzam pula. Tapi dia dah kerja dan aku masih study. Ape korang rase aku rase? Padahal dulu same2 ponteng kelas ponteng puasa haha. Ya, aku rasa sangat bersyukur sebab walaupun sudah bekerjaya, dia tidak sombong dan masih orang yang aku pernah tido sekatil dulu. oopppss
Dan hari makan hari, rumah sewa aku menjadi hensem macam aku.
dan bulan ini jugak aku sedih sebab Chelsea tak menang satu habuk.
dan bulan ini jugak Manchester United kalah teruk dengan FC Barcelona di final Champions League miaaaaaahahahaha!


masuk laa pulop bulan June. sedar tak sedar 2011 dah hilang separuh.


and this month, bersepah gile event sampai dah tercicir beberapa event hebat. so, time management aku dah macam American Football punye game plan dah ade X kat sane O kat sini arrow pegi pusing sane situ sini dan disebabkan itulah aku jadi superhero mantap, Superbusy. but it was fun. sebab ponteng kelas. haha.


dan planning untuk bulan hadapan,


saya berharap agar dapat bercuti ke tempat yang sangat tenang seperti buaya di sungai yang disangkakan tenang hatinya. dan saya berharap tahun ini dapat tengok Chelsea lawan Malaysia setelah beberapa tahun missed. dan saya berharap agar....tahun ni puasa penuh. mintak maaf kawan-kawan, ajaklah orang lain kalau nak ponteng puasa. tetapi tradisi tetap tidak terabai. right Emmir? haha!

jadi itu sahaja untuk episod kali ini. semoga kita bertemu lagi di masa hadapan pada hari yang dan waktu yang sama di rancangaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnn APA CERITA MAHARAJA PAAAAAYET!

Assalamualaikum.

oh and congrats SEPAH selaku Juara Maharaja Lawak 2011. aku mengharapkan Amir menang. oh well~