Showing posts with label kata hati. Show all posts
Showing posts with label kata hati. Show all posts

Tuesday, April 8

tanduk-perancis biru.

Assalamua'laikum WBT dan Yo Manos.

Yep. Dah lama tak menulis. Dah lama tak menyelam dunia kata-kata.

Dan sebenarnya, aku baru je lepas tengok last episode of How I Met Your Mother which has been aired last week. Ramai HIMYM-fans yang dah puas menangis meratap or maybe setakat write a simple farewell message kat HIMYM Facebook page, and yes, I just watched it like 20 minutes ago.

And because of that, I would like to tell you a story.

Kids, this is a story of

"HOW I MET 'HOW I MET YOUR MOTHER'"

It's all started back in October 2010.

A friend of mine called Chono atau nama melayunya, Ahmad Afandy, introduced me to this tv series back when I was in college. Frankly speaking, I've heard of this tv show before but I hated it in someway. Pernah laa tertengok satu episode kat Star World dulu-dulu tapi not interested, langsung.

So Chono started to tell me what is How I Met Your Mother was all about, the characters, the comedies, the quotes, the good parts and gave me 4 seasons of the series.

Okay lah, bosan-bosan duk hostel boleh layan new tv series. Prison Break pun dah habis, nak layan Chuck kena tunggu every week. So cubalah tengok satu or dua episode lepas balik Tioman.

Tipu itu semua. Bukan satu dua episode. Semua episode Season 1 habis dalam satu hari.

Sambung Season 2.

Finished Season 2, they were like drugs! Need to watch more! Continued Season 3!

And here comes the villain. Episodes from Season 3 was really in bad shape! Some episodes can't be played coz of the infamous .FLV video format. Awful quality, the video got stuck in some good parts.  I mean how can I enjoy the series when the video is dreadful?!
Download VLC player, download Media Player Classic, playable, but still not good enough!

Oleh kerana tidak-puasan hati, every week balik Kuantan, download balik a better quality of Season 3.

Makin ramai yang start layan HIMYM since then. Tengok status kat Facebook every Tuesday mesti ada yang berbunyi "Downloading HIMYM!" or "Today's episode is Legend-...wait for it.." kalau yang download guna UniFi. Siapa yang pakai Streamyx kena tunggu 1 jam lebih baru boleh layan. Itu pun kalau tadek yang bising jerit "KENAPA INTERNET LEMBAAABBBB?!". Kena laa set download limit kat uTorrent. Jadilah 2 jam lebih downloading. So total, 3 jam lebih menunggu untuk habiskan satu episode HIMYM.
Bukak balik Facebook, baru nak update baru lepas tengok, ternampak status "....dary!" oleh UniFi user tadi.

Then, bila time season break, melopong laa beberapa bulan. Tiap-tiap Selasa duk try bukak torrent, dengan harapan there would be a new episode to download. Tertunggu-tunggu bila nak start Season Premier. Nak tahu apa yang 5 orang tu buat dalam episode baru. Tertanya-tanya season depan nanti akan terjawab ke tak persoalan selama ni.

Bila dah start balik, menggelupur laa semua download. And macam biasa, Streamyx user tewas dengan UniFi.

Few years then, datang lagi satu villain dalam pertarungan TV series yang bernama "Lelaki Berlari" atau dalam bahasa koreanya, "Running Man". Dan berjaya menambat hati peminat-peminat tv shows, including me. Itu pun sebab Chuck dah habis time tu.

Mula lah kurang nak layan HIMYM. Download tapi tak tengok. Dah kumpul 5-6 episodes baru nak layan. Itu pun kalau nak susun-susun or kemas-kemas file dalam folder Download, baru perasan ada episode yang tak tgk lagi.

Bila start internship, lagi lah susah nak layan. Terus tak download. Kalau dulu bole hafal episode nombor berapa yang belum tengok. Sekarang episode yang dah tengok pun tataw yang mana satu. Kena preview, fast-forward ke depan skit, oh episode ni dah tengok. Tutup balik. Bukak episode lain smpai jumpa yang belum tengok. Kadang-kadang updated episodes pun tgk kat rumah orang lain sebab dah download.

Then dapat tahu lagi 2 or 3 episode, dah Season Finale.

Selalu kalau benda yang kita tak suka, kita nak habiskan, nak lepaskan cepat-cepat. Macam exam lah. "1 done, 2 more to go.", "Cmon last payyyperr! Yeahhh!"

Tapi kalau benda yang kita suka, kita sayang nak lepaskan awal-awal. Kalau boleh, nak simpan, nak sentiasa ada dengan kita. Walaupun sebelum-sebelum ni pernah diketepikan, tak dicara, tak dijaga. Dibiar bersawang. Tapi kita nak juga simpan, sebab kita tahu lepas-lepas ni dah takkan ada dah yang baru.

Yang tinggal cuma barang yang lepas.

Tunggu masa untuk buat keputusan. Dua pilihan.
To be, or not to be.




That is it. Goodbye blue french-horn.

Friday, December 20

mata hadapan

Aku terbaca apa yang aku tulis dulu-dulu dalam blog aku ni. Bercampur aduk perasaan aku. Ada satu post aku yang tak berapa nak banyak ni membuatkan aku terfikir sejenak "Betul ke aku yang tulis ni?" "Bile masa aku tulis macam ni?".

Baru 2 tahun? Dah macam-macam aku lupa. Aku lupa apa yang aku nampak, apa yang aku baca, apa yang aku dengar, apa yang aku cakap.
Aku lupa aku pernah berada di dalam sesebuah situasi itu.
Aku lupa aku pernah berdiri di situ.
Aku lupa diri aku.
Aku lupa.

"Tempat yang paling jauh dari kita adalah masa lampau"



Pesanan: Jangan berdiri pegun di ruang waktu.

Sunday, May 8

satu dalam 6.92 billion.

Dalam dunia ni ade bermacam-macam orang. Ade orang utan, orang batu, orang-orang dan macam-macam lagi. Tapi bukan orang-orang seperti itu yang aku nak cite. Hampir 20++ tahun aku hidup, dah macam-macam orang aku kenal. Aku kenal Siti Nurhaliza, Shamsul Yusof, Barrack Obama, Pakcik Piee dan ramai lagi. hebat bukan?

Hidup sebagai seorang manusia sememangnya ada hala tujuan tak kisahlah bangsa apakah anda, agama apakah anda, berapa banyak friendkah dalam facebook anda, semua ada impian masing-masing. Sebesar hasrat untuk mengejar cita-cita menunjukkan kekuatan seseorang itu dalam dunia ini.

Tapi ade laaa pulak sorang ni cita-cita dia sangat besar. Lebih besar daripada hadiah Maharaja Lawak Musim 1 di Astro Warna tuh. Dah tau cita-cita dy tu besor doh bakpeeeeeeenye tak memperbesarkan lagi usaha dia tuh? Dah laa usaha ciput, mulut duk mengata ke orang, muka macam nak kena penyepak Jackie Chan. Ape punye orang macam nie?
Memang laa aku bukan bapak dia tapi kalau dah boleh buat satu masyarakat meluat tengok perangai dia? Nak tegur? Buang masa. Tanak layan? Makin menjadi-jadi meluatnya nanti.

Jadi, salah satu jalan untuk menyelesaikan masalah ini, janganlah jadi orang seperti ini.

Dan yang sebenarnya, bukan hal ini yang aku mahu timbulkan dalam post hari ini.

Hari ini, aku mahu memberitahu sesuatu kepada satu dunia yang mempunyai 6.92 billion manusia.

Ada seorang lagi yang bercita-cita tinggi, dan usahanya, dari dahulu sampai sekarang tak pernah putus.
Yang salah, dia yang betulkan. Yang kurang, dia yang lebihkan. Yang kosong, dia yang penuhkan. Yang buntu, dia yang selesaikan. Yang sakit, dia yang ubatkan. Yang diminta, dia yang berikan. Yang sedih, dia yang hilangkan. Yang jahat, dia yang baikkan.



Tak lain tak bukan, ibu kita. Tanpa beliau, takkan kita menjadi manusia yang sempurna seperti dia.

"Mak, Selamat Hari Ibu. Saya sayang mak sangat-sangat."

Saturday, March 12

separuh hujan.

bila kau kata akan buat yang terbaik
sedikit aku tidak percaya
kerana mulut mampu membentuk ayat di luar bicara

bukan kata kau yang aku mahu
bukan impian kau yang aku mahu

yang aku mahu cuma kita berkongsi cita-cita
aku perlukan kau dan kau perlukan aku
tanpa kita, muzik tiada irama
tanpa kita, melodi tiada lagu

kenapa perlu nilai apa orang kata
kenapa perlu timbang berapa bintang kita
sedangkan mereka tidak tahu isi hati kita
mereka tidak kenal asal usul kita


sedarlah kawan
kita mampu mengubah dunia.