Wednesday, January 19

gelap malam.

Yes disebabkan aku susah gile nak tido, aku rajinkan diri yang malas ini untuk post new entry.
Kali ni aku nak share sumthing dengan korang sume.
Pernah tak korang berjalan dalam satu jalan yang gelap? Ape korang rase? Takut? Penat? Tak nampak ape2 (dah tentu la kan)? Mengantuk secara tiba2? Haa time tue baru laa teringat nak bawak lampu suluh or nak lalu jalan lain. Nak patah balik pun jalan gelap jugak.

Baru je tadi aku bawak basikal pegi 7e beli rokok. Nak taknak memang aku kena masuk jalan gelap jugak sebab itu satu2nye jalan yang dekat. Jalan lain jauh. Malas.
Satu ape aku tak nampak. Aku rase aku rabun malam tapi aku type blog nie okay je tak berkaca mata? Jadi dengan selamba laa aku meredah jalan tue. Mata aku memang tak lepas tengok jalan depan. Maaaane laa taw ade lubang jahanam ke, tanak tergolek lak beta.

Tengah syok elak lubang besar dan kecik, tanpa memberi ucapan selamat pagi, dengan segala hormatnya, dua ekor anjing duk bermain tengah jalan. Kalau dy tegur pun aku mane dengar sbb tgh layan lagu kt walkman. Basikal aku lak dilahirkan tadek brake.

Nak dijadikan cerita, dua2 ekor makhluk tuhan nie rase tak puas hati lalu ajak race satu muadzam. Tak sempat dyrang kira lagi aku dah pecut! Lagi laju dari Yamaha RX-Z yang baru nak panas enjin! Lagu pulak tgh play 'Head Crusher'! Aku tak pikir rokok da aku pikir kayuh je selaju mane yang mungkin! Aku rase kalau ade pakcik kat tepi jalan, mesti dah berpusing kalau aku lalu kat sebelah macam dalam cite P. Ramlee tue. okay itu tipu je.

Tengok2 belakang mereka dah hilang. Penat laa tue. Nasib baik aku naik basikal dyrang lari je. Kalau dyrang naik basikal memang konfirm aku jadi breakfast dyrang pagi nie. Haha~ Rasa lega dalam otak dan hati. Aku turun basikal nak ambik nafas yang dah tercicir beberapa minit lalu. Mulut memang tak lepas dari perkataan kasar yang dilemparkan ke arah mereka.

Sebenarnya, aku tak marah sangat kat anjing2 tue. Bagus ape dyrang ajak senaman pagi2 buta. Aku marah sebab aku dah semakin jauh dengan destinasi aku. Kalau aku patah balik jalan tadi memang carik nahas. Jalan paling selamat adalah jalan jauh yang aku malas nak pergi tadi. Kesudahannya, 2 tin 100 plus aku teguk sambil melepak depan 7e.

Jadi moralnya, janganlah concentrate ke arah satu perkara je. Perkara-perkara lain yang lebih besar dan mencabar boleh datang bila-bila masa tanpa sedar.



Ohh terlupa nak bagitaw. Aku study kat Uniten Muadzam Shah. Sape-sape nak buat Taman Kelip-Kelip, sinilah tempat yang paling sesuai. Buat kat tepi jalan pun bole.


Yo manos? Nama saya Kelip Bin Kepik.

Sunday, January 2

nafas baru.

Hah bukan sebab nafas aku berbau sebelum ini tetapi aku dapat rasakan 2011 adalah tahun untuk aku membuat sesuatu yang baru.

Hi dan Assalamualaikum. tak jawab dosa~

Setelah setahun bercadang, akhirnya tergerak jugak jari dan hati untuk aku menulis.

Agak sedih sebenarnya 2010 sudah berlalu. rase sekejap gile pun ade. macam-macam perkara berlaku. yang baik juga yang buruk. yang suka mahupun duka. "kesal dahulu pendapatan, kesal kemudian apeeeeeee pun tak dapat".

Ada apa dengan nafas baru? setelah Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010, baru laa naik sikit taraf persatuan bola negara. tapi ape kena mengena dengan ini cerita?

Sebelum julang piala, ramai orang keluarkan kata2 bernas, "alaaa setakat lawan Laos bole laa menang" ataupun "ceh bukannya lepas masuk final pun. kalau masuk pun bukannye menang".
Aku tak tipu tapi inilah yang aku dengar sebelum skuad Harimau Malaysia membelasah Garuda Indonesia.
Selepas julang piala, barulah orang ramai menggunakan konsep warna biru dari Jalur Gemilang dengan melontarkan kata-kata "hah aku da agak dah memang Malaysia menang la!" dan juga "aku dah lama dah support Malaysia neh! setiap minggu aku datang Stadium Darul Makmur tengok match!".

tapi ape kena mengena lagi?

Disebabkan ramai blogger kebanyakanya lulus PMR dan SPM, aku kasi satu formula untuk menerapkan cerita aku nie dalam otak korang. ehem2..

Harimau Malaysia = Aku iaitu encik payet
Piala Suzuki AFF 2010 = cita-cita/ impian encik payet 2011
Garuda Indonesia / Laos = liku-liku dan rintangan kehidupan encik payet

mesti boleh solve kan? substitute je dlm cerita kat atas tue. korang kan bijak pandai!

Mesti korang nak taw kan apa impian encik payet edisi 2011 kan kan? tak baik tipu. berdosa. baik korang ambik tahu. sebab..


I Tak main-main tau.