Thursday, March 17

hati besi, kuku besi.

Orang tanyekan aku "Weh bakpo denga lagu jerik-jerik mace ore gilo gineh? Mung gilo ko? Haiii kerah molek telingo mung bole denga lagu gineh. Kalo tlingo kerah hati konpom-konpom kerah supo jale rayo neh."

Nak buat cemane dah genetik macam nie haha

Entry kali ni, aku nak betulkan apa yang tak betul.

Segelintir orang cakap dengar lagu-lagu bingit nie buat sakit telinga je. Tak payah dengar pun takpe.

Betul apa yang korang cakap. Yang bingit-bingit nie laa yang aku gemar. Tapi tak bermakna aku tak suka dengar lagu-lagu tak bingit. Senario punye lagu pun aku dengar ape? Siap hafal lagi haha!

Segelintir orang fikir kalau dengar lagu-lagu bingit nie, mesti pakai baju serba hitam, rambut panjang tanpa rebonding, pakai gelang duri-duri durian, dah macam kutu masyarakat.

Untuk pengetahuan korang, yang pakai smart-smart, pakai kereta mewah time malam-malam buta laa yang kutu masyarakat sebenarnye. Pergi laa mamak-mamak berdekatan sebuah club hebat di mana-mana time lewat malam, korang bole nampak kutu-kutu nie bergaduh pasal perempuan dalam keadaan mabuk.

And segelintir orang fikir kalau dengar lagu-lagu bingit nie, masa depan pun gelap macam penampilan.

Manusia mane yang tidak menggunakan otak untuk berfikir? Kecuali orang tak waras laa tapi dia pun orang jugak. And manusia mane je yang tak fikir nak berjaya dalam hidup? Aku rela kerja despatch pagi bukak gerai burger malam daripada masuk MLM and buat profile pic gambar bersama duit tebal atas badan kat dalam Facebook.

Jadi, cukup-cukuplah bersangka buruk kepada pendengar-pendegar lagu bingit nie. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Baik atau jahat, semuanya datang dari Tuhan.

Hah kalau pendengar lagu mamat nie mmg takley bwat apo laaaa~~




ohh di sini aku nak mengajak kesemua pembaca untuk berdoa supaya dunia akan lebih aman sentosa. ambil iktibar dengan apa yang berlaku di Jepun baru-baru ni. Amin.

Saturday, March 12

separuh hujan.

bila kau kata akan buat yang terbaik
sedikit aku tidak percaya
kerana mulut mampu membentuk ayat di luar bicara

bukan kata kau yang aku mahu
bukan impian kau yang aku mahu

yang aku mahu cuma kita berkongsi cita-cita
aku perlukan kau dan kau perlukan aku
tanpa kita, muzik tiada irama
tanpa kita, melodi tiada lagu

kenapa perlu nilai apa orang kata
kenapa perlu timbang berapa bintang kita
sedangkan mereka tidak tahu isi hati kita
mereka tidak kenal asal usul kita


sedarlah kawan
kita mampu mengubah dunia.

Tuesday, March 1

detik mahal.

Sumpah aku tak sedar bulan Februari dah nak habis. Dan disebabkan hal inilah ye kawan2, yang membuatkan jari aku post new entry. Haha! Nmpak sangat tak konsisten. Nak buat cmane? INTERNET BANYAK!

Kali ini aku taknak cerita pengalaman atau suh korang selesaikan Linear Function. Aku nak luah apa yang ada dalam isi hatiku ini. Bulan kedua dalam tahun 2011 nie banyak mengajar aku dalam pelbagai aspek kehidupan. Kita mula dengan minggu yang pertama dahulu ye.


MINGGU PERTAMA
Pada minggu ini aku dapat rasa manis, masam dan pahit kalau luck lebih. Biase laa, tahun baru cina kan, confirm sekotak limau tersorok kat dalam sesebuah rumah di Malaysia ini. And time chinese new year lah baru kita merasa nak makan prosperity burger kat kedai burger McD tue. Tapi bukan itu yang aku mahu ceritakan ya jadi sila fokus kepada cerita sebenar. Untuk kali pertamanya, aku diajak berbasikal oleh sahabat handai secara beramai-ramai atau bahasa computernya, Multiplayer(ke?). Kadang-kadang kita tak boleh nak plan sangat sebab kalau tak jadi nanti, frust terlebih pulak. Jadi aku seperti acuh tak acuh laa walaupun dalam hati acuh nak acuh. Segala persiapan, aku menggunakan Kaedah Sistem Minit Terakhir atau lebih popular dinamakan 'Last Minute punye kije' kerana boleh menjimatkan masa dan kadang-kadang wang ringgit.

Sudah tiba waktunya untuk mula, hati riang kerana apa yang tinggal cumalah kepuasan di sebalik garisan penamat. Tak sah kalau tadek arus melintang, salah seorang daripada pelumba Kuantan telah rebah dari basikalnya gara-gara seorang hamba Allah yang telah mengaku bahawa itu semua salah dia. Untuk mengelakkan kontroversi, nama dirahsiakan. Luka agak menyukarkan mangsa untuk gohek tetapi hati yang kuat dan jiwa yang tenang, dia nak gohek jugak. Hah hati kembali girang seperti balik kampung naik basikal. Egh. Memang tak sah kalau tadek arus melintang nombor 2. Tayar aku boleh kentut habis-habisan sampai dah tadek angin. Check punya check, aku pun tak tahu apa punca dia. Hati girang bertukar gersang. Betul lah, hati yang gersang macam tanah gersang tue. Walaupun tak sampai 3 minit untuk sampai ke tempat tamat, namun aku tetap rasa hiba. damn.

Pengajaran untuk minggu pertama : Hindari Kaedah Sistem Minit Terakhir. Ia akan membuat anda sakit hati di minit yang terakhir. Percayalah. Guna Kaedah Sistem Jam atau Minggu Terakhir.


MINGGU KEDUA
Haha minggu ini adalah minggu favourite aku. Kenapa korang tanye? Haha! Sebab aku pergi trip ke MELAKA LEWW LAAHAANAATT! Hah kali ni aku plan baik punya. Sumber-sumber penting aku carik sampai lubang cacing. Persiapan memang aku bagi 100% fokus. Walaupun ade sedikit difficulties but we manage to handle basikal. Trip 3 hari 2 malam bersama seseorang yang istimewa di dalam hidup ini memang banyak memberi pengalaman yang jarang aku boleh dapat. Kebanyakan masa, kitorang menggunakan kaki untuk ke sana sini sebab lodging dekat je. Tempat-tempat bersejarah, muzium-muzium, menara-menara, semua kitorang pergi. Tadek laa semua tapi banyak laa jugak haha. Dah macam lawatan sambil belajar pun ada hahaha. Tapi kitorang terlepas nak makan asam pedas kat sana sebab tak jumpa tempat yang best. Menurut kata orang kat sane, restoran yang serve asam pedas sedap bukak waktu malam je? Sape je makan nasi berlauk malam2? Ke akak tue selalu masak lauk asam pedas untuk makan malam? Senang kata, Melaka is so much fun fair!

Pengajaran untuk minggu kedua : Kumpul duit lebih sikit kalau nak pergi trip. Sumpah korang takkan puas dengan apa yang korang dapat time travelling. Haha!


MINGGU KETIGA
Maulidur Rasul disambut mulia pada minggu ini dan harapan aku, jangan biarkan minggu ini sahaja, malam kita dipenuhi dengan selawat. Malam minggu depan, bulan depan, tahun depan biarkan sama. Nothing much this week atau aku yang tak ingat?

Pengajaran untuk minggu ketiga : Buat diary? Sebab aku tak ingat laa minggu. Atau tadek aktiviti? Okay pengajaran kedua, buatlah ape-ape aktiviti pun haha.

MINGGU KEEMPAT
Hah kalau ade minggu feveret, mesti laa ade yang tak feveret kan? Dan Anugerah Minggu Tak Feveret pada bulan ini jatuh kepadaa.... *drum rolling*... MINGGU KEEMPAT! *CLAP CLAP CLAP!*

Emcee : Ya cik minggu keempat sila beri sepatah dua kata kalau mahu.
Cik Minggu Keempat : Ya saya mahu saya mahu. Terima kasih kepada yang tak terhingga kepada semua peminat-peminat saya yang tidak pernah berhenti menyokong saya sampailah ke hari ini. Kepada mak dan abah di rumah, Kak Chik menang Mak! YAAHHHOOOOOOO!!!

Okay sudah-sudah merepek. Biar laa ini belog saya(eh?) hahaha. Minggu ini bermacam-macam tugasan diberikan oleh cikgu sekolah. Kerja sekolah, assignmon, quiz sana quiz sini, paper sana paper sini, haihh rase nak bakor je sume. KITA BAKOR JE KITA BAKOR! Tense here and there haih sorry kepada orang-orang yang aku kasari pada minggu ini. Kadang-kadang terase macam nak lepas tangan je semua. Tapi kuasa tanggunjawab tue sangat kuat dan berat, aku tetap gagah untuk memikul segala kerja yang dilemparkan! *kilat sabung menyabung!* Alhamdulillah, kerja-kerja settle walaupun tak tepat waktunya tapi at least siap laa jugak. Kalau aku tak dapat achieve target pointer this sem, aku tolong cabut rumput depan umah aku. Doa-doakan lah supaya aku tak cabut rumput.

Pengajaran untuk minggu keempat : Lebih kurang macam pengajaran minggu pertama dengan sedikit tambahan, group assignment is a group assignment. Bukan mulut-bising-buatnya-tidak assignment ya?

Lihat? Tak sampai 30 muka surat dah siap satu bulan punye cite. Ape? Panjang sangat? Aku boleh jamin tak panjang. Aku copy sume2 nie and paste kt dalam notepad, tadek scroll ke bawah pun haha!

Sebenarnya, aku rase masa berputar sangat pantas. Kadang-kadang aku tak puas dengan 24 jam sehari. Aku nak ade 32 jam sehari kalau boleh. Saya ulang, kalau boleh.. bukan kalau berpacaran bahaha!

Oh aku tipu lagi. Tadi aku cakap taknak cerita pengalaman haha!

And Oh lagi satu, saya sudah berpunya =) *wink*
(cute tak aku buat wink? tak? lantak la haha)


Hang Lekir membebel kena blacklist JPJ sbb tak bayar saman.