Saturday, March 12

separuh hujan.

bila kau kata akan buat yang terbaik
sedikit aku tidak percaya
kerana mulut mampu membentuk ayat di luar bicara

bukan kata kau yang aku mahu
bukan impian kau yang aku mahu

yang aku mahu cuma kita berkongsi cita-cita
aku perlukan kau dan kau perlukan aku
tanpa kita, muzik tiada irama
tanpa kita, melodi tiada lagu

kenapa perlu nilai apa orang kata
kenapa perlu timbang berapa bintang kita
sedangkan mereka tidak tahu isi hati kita
mereka tidak kenal asal usul kita


sedarlah kawan
kita mampu mengubah dunia.

No comments: