Sunday, January 2

nafas baru.

Hah bukan sebab nafas aku berbau sebelum ini tetapi aku dapat rasakan 2011 adalah tahun untuk aku membuat sesuatu yang baru.

Hi dan Assalamualaikum. tak jawab dosa~

Setelah setahun bercadang, akhirnya tergerak jugak jari dan hati untuk aku menulis.

Agak sedih sebenarnya 2010 sudah berlalu. rase sekejap gile pun ade. macam-macam perkara berlaku. yang baik juga yang buruk. yang suka mahupun duka. "kesal dahulu pendapatan, kesal kemudian apeeeeeee pun tak dapat".

Ada apa dengan nafas baru? setelah Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010, baru laa naik sikit taraf persatuan bola negara. tapi ape kena mengena dengan ini cerita?

Sebelum julang piala, ramai orang keluarkan kata2 bernas, "alaaa setakat lawan Laos bole laa menang" ataupun "ceh bukannya lepas masuk final pun. kalau masuk pun bukannye menang".
Aku tak tipu tapi inilah yang aku dengar sebelum skuad Harimau Malaysia membelasah Garuda Indonesia.
Selepas julang piala, barulah orang ramai menggunakan konsep warna biru dari Jalur Gemilang dengan melontarkan kata-kata "hah aku da agak dah memang Malaysia menang la!" dan juga "aku dah lama dah support Malaysia neh! setiap minggu aku datang Stadium Darul Makmur tengok match!".

tapi ape kena mengena lagi?

Disebabkan ramai blogger kebanyakanya lulus PMR dan SPM, aku kasi satu formula untuk menerapkan cerita aku nie dalam otak korang. ehem2..

Harimau Malaysia = Aku iaitu encik payet
Piala Suzuki AFF 2010 = cita-cita/ impian encik payet 2011
Garuda Indonesia / Laos = liku-liku dan rintangan kehidupan encik payet

mesti boleh solve kan? substitute je dlm cerita kat atas tue. korang kan bijak pandai!

Mesti korang nak taw kan apa impian encik payet edisi 2011 kan kan? tak baik tipu. berdosa. baik korang ambik tahu. sebab..


I Tak main-main tau.

2 comments:

hady kacak! said...

payet bongok!

Payet Paprik said...

haha habis kau ingat kau tak bongok?